14 December 2009

Suasana dan cuaca 'panas' sepanjang PAC.


Saya telah hadir PAC di Sg Petani semalam. PAC adalah program penilaian peringkat kedua untuk jawatan PTD. Berikut adalah sebahagian kisah yang ingin dikongsi:-

1. GPS adalah sebuah ciptaan yang best! Saya teruja menggunakannya sepanjang pencarian beberapa tempat di Sg Petani. Hik hik! Memang ketinggalan zaman sket. Orang lain dah lama cerita pasal GPS. Ah, lantaklah. Sy memang 'kekampungan' sungguh masa guna GPS tempoh hari. Tapi sy sungguh suka. Sy suka GPS dlm E75 sy itu.. La la la la laa..

2. Seharian menyertai ativiti PAC adalah meletihkan. Tapi masih seronok. Semasa sesi debat, tajuk adalah sangat kejam- Poligami Membina Keluarga Bahagia. Ianya menjadi dua kali ganda kejam bila selepas undian dibuat, sy adalah kumpulan pencadang. I kena sokong tajuk yer tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

2 (a) Selepas kumpulan pencadang dan pembangkang dibahagikan, sy pergi ke belakang sekejap untuk ambil pen sy dalam beg. Bila sy kembali ke kumpulan sy, sy terdengar seorang ahli kumpulan sy berbisik pada ahli lain - "tak per, rilex.. grup kita ada lawyer".. Hahaha. Tinggi harapan diorg.

2 (b) Saya tak ingt moment sy memberi hujahan. Yang pastinya, sbnr nya saya perlu rasa syukur sebab berada di grup pencadang. Sebab sy lebih tenang di situ. Mengendalikan tajuk debat yang provokatif. Kalau sy berada di grup pembangkang.. sudah pasti.. sy terbakar.. seperti ahli-ahli kumpulan pembangkang.. Berapi-api grup itu. Hehehe..

2(c) Entahlah apa pandangan ahli grup tersebut terhadap sy, sebab selepas habis sesi ,seorang peserta perempuan tarik tangan sy dan bertanya perlahan.. 'kalau dalam realiti.. betul ker awak setuju dgn apa yg awak cakap tu?' HAHAHAHAHAHAHA! Sy ketawa dalam hati. Sambil terkebil-kebil memandangnya. Hesh. Mungkin dia lupa inikan ujian penilaian.. Tak lama selepas itu, dalam perjalanan pergi tempat makan tengah hari sy didekati oleh peserta lelaki..juga dlm grup pembangkang.. 'kalau realiti punya kes, emosi mesti terganggu dengan isu2 macam ni, apa pendapat u?' Hehehe.. kali ni sy senyum kambing saja. Tapi sebab dia lelaki sy telah ego sikit. Lantas membalas, 'jangan hanyut dalam emosi laaa'. Cis. Hipokrit punya statement. Kah! Kah! Kah! Sy gelakkan diri sendiri dalam hati.

2(d) Apa yg sy cakap masa debat tu? Err.. takmaulah cakap. Sebab, itu untuk tujuan dapat markah saja. Bukan ikhlas sgt pun.. Hihihihi.. Cuma, cara saya menyampaikan tu agak munasabah dan boleh diterima akal yang matang kot. Ala, itu jer yang panel kira kan..

3. Mak saya adalah orang yg paling risau sekali sebab sy sgt selamba (pada pandangan mata dia) tentang urusan PAC. Tanya pasal boranglah. Bajulah. Lepas tu asyik suruh saya tanya 'Mukmin' apa2 berkenaan PAC ni. Seperti Mukmin cakap kena bawak apa? Mukmin cakap ujian macam mana? Mukmin cakap apa lagi.. Owh, Mukmin itu siapakah? Mukmin sebenarnya adalah Nadmin. Dah berkali-kali sy gitau sebutannya adalah Nadmin. Tapi, mak sy masih lagi tak pandai sebut Nadmin dan suka-suka hati panggil Mukmin jugak.. Hehehehe..

4. Lari 2.4km. Mengikut perkiraan sy, larian sy adalah sepanjang 800 meter saja. Slebihnya sy berjalan laju-laju. tak laratlah. Lgpun, sy kan baru baik dari demam yg teruk. Jadi, sy takmau membahayakan diri.Panel cakap, kalau tak boleh jangan paksa diri. Yang pentingnya, 2.4km tersebut sy habiskan. Cuaca adalah sgt panas okay. Pukul 4 petang.

5. Sy suka sepanjang berada di PAC. Sebab aktiviti2nya boleh 'pesong'kan pemikiran saya dari rutin seharian. Best. Tapi, sekarang sedang sedikit menderita kekejangan otot akibat jarang bersenam.

6. 'Bercakap tentang mind-setting (dengan izin).. sy dapati semua di sini menyebut perkahwinan seorang isteri sebagai keluarga normal yg mana menggambarkan perkahwinan ramai isteri seperti tidak normal. Orang selalu ada pandangan tak begitu baik dengan situasi tak normal. Apa kata kita sebut, perkahwinan ramai isteri atau poligami sebagai keluarga istimewa. Bukankah kita suka dengan perkara berkaitan istimewa?' Yeah.. itulah statement panas (tp hipokrit gila!) sy yg mendapat tepukan sewaktu isu debat. Yang sy takmau cakap tadi tu. Perempuan-perempuan sekalian.. sy sedang tadah diri sendiri ni. Sila sila baling sy dengan kasut, bantal ataupun ikan todak dari Singapura.. Hahahaha! I terpaksa okeh. Terpaksa.

7. Keseluruhannya, sy dapati sy melalui 1 hari PAC dengan gembira.


11 December 2009

Kalau belajar law tapi taknak praktis pun tak apa.

Bagi mereka-mereka yang telah link blog saya dalam blog list yang disusun mengikut update terkini haruslah dapat melihat blog ni asyik2 di tangga teratas saja. Tiba2 dalam minggu ni, blog ni bukan sekadar sawang tak sempat bergayut. Habuk pun tak sempat singgah.

Semalam Efi buka forum tentang blaja law dan pilih untuk tak praktis kat facebook. Ramailah yang hantar komen. Macam2lah jenis komen yang muncul. Mengikut pandangan masing-masing. Saya takde nak cerita secara terperinci kat sini. Sebab dah banyak kali cakap benda yang sama. Lagipun, cakap pasal hal ni bukannya ada jawapan yang khas. Sekarang ni saya berfikir, ikut suka hati masing2lah. Sapa rasa nak praktis, praktis sajalah. Sapa rasa nak join servis, isilah borang dan pegi interview. Sapa rasa nak duit, kerjalah. Sapa rasa nak sambung belajar sampai dua tiga phd pun, pergi jer.. Tak payah susah-susah nak fikir. Sebab kalau belajar law, tak wajib pun jadi lawyer. Tak wajib pun berada dalam bidang undang-undang kalau tak nak. Pergi jadi pengacara pun best jugak. Okaylah, mungkin ada beberapa perkara yang tak boleh dielak. Macam permintaan ibu bapa sebagai contoh. Tapi, semuanya kan boleh dibawa berbincang. Janganlah sampai betul2 takmau praktis lantas duduk2 rumah saja dan disara oleh ibu bapa. Itu memalukan okay. Wpun ibu bapa cakap okay, tapi sendiri pun boleh fikir..

Saya sekarang takdelah macam terover-over suka praktis. Tapi biasa2 sajalah. Benci pun tak jugak. Biasa-biasa jer. Sebab saya tengok orang lain punya kerja macam lagi susah. Betul. Tambah bila tengok kerani2 kat registry tu muka berkerut-kerut sepanjang masa. Saya rasa kerja diorang susah. Sebab saya pun tak suka didesak-desak untuk cari fail lah, apa lah. Orang sana panggil. Orang sini tunggu. Semua pandang muka kita dengan penuh harapan. Tertekanlah. Itu bg sayalah.. Kalau diorang suka, itu adalah sangat bagus.

So, tak apalah kalau dulu ambil course law dan kemudian tak nak kerja dalam legal field. Bukannya satu perkara keji pun. Lagipun, bagus juga sebab ada degree law. Sebab, ada pengetahuan tentang undang-undang. So, bila ada aktivis-aktivis yang berdemo tentang hak asasi ker, apa ker.. kita fahamlah sikit2 hujung pangkalnya. Bila, ada isu perlembagaan atau kes-kes mahkamah yang berlaku dalam negara kita tahu nak rujuk kat mana dan boleh explain pada saudara-mara. Dan bila jadi apa-apa yang berkaitan dengan isu undang-undang, kena saman ker, apa ker.. kita pun ada rakan dan kenalan yang boleh tolong kita. (Bukankah sekarang ini semua orang saling berhubung?)

Tak payahlah rasa bersalah sangat kalau selepas ada degree law tapi tak berhasrat nak kerja dalam legal field. Dan tak perlulah jugak rasa hebat sebab berjaya bertahan jadi lawyer dan perlekehkan budak2 pandai law tapi taknak praktis sebab sambung belajar pun bukan perkara yg senang jugak.

Yang perlu rasa bersalah adalah bila bertahun-tahun belajar agama tinggi-tinggi. Tapi tak berhasrat nak praktis. Itu menyedihkan. Tapi, kita pun tak tahu apa Tuhan sudah rancangkan untuk hambaNya. Sekian.

09 December 2009

Pokok besar yang merimbun di tengah bangunan mahkamah sudah ditebang.

Apsal ntah. Setiap kali nak buat notis iklan ni terasa nak update blog. Maybe sebab buat notis iklan adalah pekerjaan yang mudah sangat kot. Lepas tu tiba2 akan datang fail-fail lain. Kemudian, saya dengan tidak adilnya mendahulukan fail-fail lain pulak. Notis iklan jangan kecik hati okeh? Lepas ni saya akan buat kamu ya.

Ingat tak masa saya awal-awal jadi lawyer dulu? Ceh, apsal cakap macam dah 15 tahun jadi lawyer ni. Hehehe.. Maksudnya masa-masa saya tengah teruja jadi lawyer tu. Semua yang berlaku kat court saya cerita kat sini. Dengan versi saya sendiri. Mungkin sebab masa itu sangat baru. Jadi, semuanya adalah isu 'besarlah sangat' nak diceritakan.

Antara banyak2 cerita court yang saya pernah cerita saya paling suka dengan entri 'kasut jatuh dari langit ke lobi itu'. Eh eh. Untuk pembaca yang baru saja ikut blog ni, kalau saya cerita tentang court, bukanlah entri berinformasi sangat. Tak akan dapat pengetahuan undang-undang pun. Apatah lagi nak digunakan sebagai rujukan peperiksaan ijazah undang-undang mahupun ethic course. Keh keh! Cerita tentang court hanyalah berkisar tentang tersalah sebut perkataan 'responden' sebagai 'restoran' di open court ketika bulan puasa. Atau tentang kelakuan aneh client. Atau pun menyampah sket2 dengan lawyer berlagak. Ataupun perasaan lega ketika 'diselamatkan' oleh jurubahasa. Macam tu jer.

Tadi, saya duduk sambil menunggu kes dipanggil. Tak ada kawan maka duduk diam2 sajalah. Sebenarnya hati agak gusar menunggu lawyer untuk responden yang datang lambat. Sebab kes dah dipanggil berkali-kali. Client pun ada. Sambil2 duduk itu saya melihat asrul dan chambee nya sedang berbincang2. Tentang fail mereka yang belum teratur lagi. Chambee tersebut agak gabra. Mungkin sebab dia rasa sukar untuk explain before YA in chamber tadi. Kemudian, asrul cakap pada chambee tersebut- 'relax, jangan gabra sangat. tengok macam dia ni.. tenang jer...' Sambil tunjuk arah saya. Heh. Saya senyum saja. Sambil angguk2. Bukan angguk pada diorg. Tetapi pada diri sendiri sebenarnya. Kalau begitulah pandangan asrul pada saya maknanya, saya telah pandai sikit kawal diri. Maksudnya, saya boleh cover perasaan gabra dan orang sekeliling nampak saya masih tenang. Kalau awal-awal dulu, mesti tak akan duduk diam2 macam tu lah. Mesti lakukan sesuatu yang pelik2 dan nampak kecoh untuk hilangkan gabra. So, saya sudah pandai kawal rasa gabra itu. (Boleh letak ciri ini dalam resume kah?)

Semalam pun begitu juga. Walaupun kertas kausa ada sedikit 'cela' tapi masih mampu kawal keadaan lagi. Cakap apa yang patut dan minima saja pada puan hakim, pegang fail elok-elok dan kemudian berjaya dapat order. Owh.. saya suka suka suka!

Tapi masih ada satu bahagian dalam court tu yang saya masih tak selesa. Biarkan saya tanda kawasan itu sebagai 'black area'. Sebab, walaupun saya fikir saya masih ada banyak ciri-ciri terbaik dalam hidup, saya sukar mewujudkannya di tempat itu. Saya yang bersifat negatif dan hitam sekali-sekala, yang menunjukkan saya tidaklah sesempurna mana pun selaku manusia.. selalu akan muncul di situ.

Pokok besar yang merimbun dan selalu beri efek seram di tengah bangunan lama itu sudah pun ditebang baru-baru ini. Tapi, 'black area' itu masih ada. Dan membayangi hidup sekali-sekala.



08 December 2009

Senggugut itu.. sakit eh?!

Saya selalu kesian bila tengok kawan2 senggugut masa blaja dulu. Macam azab sangat jer. Muka pucat lesi. Kadang2 memang sampai tak boleh bangun langsung. Kalau senggugut tak payah pergi sekolah. Dapat pelepasan jugak untuk pergi prep. Boleh tidur dalam bilik. Tapi kalau kena senggugut time sedang join lawatan sekolah ker. Aktiviti khemah ker. Memang tak best langsung. Lagi kesian.

Senggugut itu.. sakit eh?! Ramai. Ramai jugak kawan2 saya yang senggugut. Saya selalunya taktau nak buat apa bila berhadapan dengan orang senggugut. Kalau dia minta tolong amikkan apa2.. boleh lah. tapi kalau minta tolong tumpang rasa sakit saya taktau. Sebab saya taktau sakit senggugut tu macam mana. Orang cakap, senggugut akan habis bila sudah merasa bersalin. Tapi, ada akak staf di ofis ni. Ada dua orang anak. Masih mengalami senggugut lagi. Rasa kesakitan macam tu, mesti setiap bulan pun akan ketakutan kan?

Saya tak pernah rasa sakit macam tu. Saya harap tidak. Sebab saya penakut sakit. Saya jenis yang aktif. Kalau terlantar ni akan buatkan saya down. Saya jugak jenis yang jarang demam. Tapi sekali saya demam memang teruk. Macam baru2 ni. Tadi, kat food court bertemu Alin dan dia tanya-dah baik demam ker? Saya terpinga2 dan tertanya lah pulak-eh, macam mana tau? Haha! Saya lupa, zaman ini bukankah semua orang get connected.

Kenapa tiba2 berentri tentang senggugut walhal tak berkaitan dengan diri sendiri? Sajalah. Sebab kalau tak senggugut pun sebenarnya 'sakit' jugak. Tapi sakit yang bukan senggugut ni tak mengundang rasa kesian dari orang sekeliling pun. Bahkan mengundang kemarahan dan kebencian orang lain. Klinik pun adalah mustahil nak keluarkan mc untuk sakit yang bukan senggugut ni. Sebab ia bukan jenis sakit yang sampai muka pucat lesi. Yang sampai terlantar. Masih boleh bangun dan bergerak. Wpun kadang2 tak ada hati pun nak bangun dan bergerak.

Kesakitannya sama. Malah kadangkala rasa lebih teraniaya. Tapi macam mana pun, saya lebih rela mengharungi ini daripada sakit senggugut.

Sakit senggugut tu ada macam rasa sakit gigi tak?

07 December 2009

Takmau pegi court. Tapi masih nak jadi litigation lawyer.

"pakcik! sirap limau satu. tapi takmau limau aa.."

Saya ingat dialog ni dulu. Dalam Ujang. Masa zaman Ujang tengah best tu. Kah kah kah! Kelakar giler. Apa saja yang digabungkan dengan 'giler'.. ah, Ujang lah yang ajar ini semua dulu. Sekarang sudah diterima masuk jadi perkataan umum. Yang semua orang faham.

Korang baca Ujang?! Saya suka sangat. Zaman kegemilangan Ujang adalah masa saya sedang sekolah menengah. Minta maaplah. Tapi saya memang tak bole baca Ujang secara senyap dan bersunyi2an seperti baca novel. Mesti gelak guling-guling punya. Lantas menimbulkan cemburu pada member yang sedang tunggu turn baca Ujang.

Lawak Antarabangsa adalah best giler! Sapa si katak berlubang idung besar tu? Ah, Bad yer namanya. Munirah sangat gemar dengan watak ini. Hahaha! Mengingatkan ini saja boleh buat saya ketawa. Kartunis Manggis. Lalang. Semuanya berotak geliga menghasilkan lawak jenaka. Lawan tiru-tiru iklan yang tak boleh dilupai. Yang tiru iklan 'langgar kereta' tu. Haih. Tak boleh tahan tengok muka selamba kartun tersebut.

Ujang telah buatkan tapir atau cipan jadi glamer tiba-tiba. Rupanya binatang ni banyak nama. Tenuk pun nama dia jugak. Tetiba2 teringat lagi. Kesah 'periuk nasi karan'. Hahaha! Malas lah explain. Biar saya ingat dan ketawa sorang2 saja. Selain cerita lawak ada jugak cerita slow. Heh, teringat jugak zaman jatuh cinta dengan si Sahak tu. Lepas tu rasa macam betul2 lah Sahak tu wujud. Eh, rasanya dulu banyak giler lukis gambar Sahak. Entah2 ada lagi kot simpan dalam kotak lama saya. Dalam tu ada barang2 masa sekolah dulu. Ada kad. Gambar. Pembungkus coklat, etc.

Pendek kata, majalah Ujang dulu memang best lah.

Entri sebenarnya berkaitan dengan tajuk. Cuma over sket jer.. Hahaha!

06 December 2009

Kata Wilda- jatuh 7 kali. bangun 8 kali.

Masih ingat cerita lemas yang selalu saya ulang-ulang itu? Kisah yang buatkan saya menjadi pandai berenang. Dan tidak menyebabkan saya fobia air. Saya selalu suka menjadi diri sendiri bila ingat kisah lemas itu. Nak gitau ni. Saya sudah boleh makan ayam. Wpun mula-mula macam takut. Takut jadi loya. Dan takut muntah. Kemudian saya kuatkan hati untuk cuba makan juga. In short, semua sudah okay. Ayam sudah tak jadi masalah. Mardhiyah- skrg sudah boleh join makan Kenny Rogers tau! Hahaha..

Saya masih belum mencapai cita-cita saya sendiri. Untuk tulis buku. Tapi saya sendiri pun tidak letak tarikh akhir bila buku boleh siap diterbitkan. Dari tahun ke tahun ditangguhkan, sekarang sudah keliru akan genre penulisan. Mungkin sebab angan-angan terlalu mencapah. Kena dispesifikkan sikit.

Selamat hari Ahad.

04 December 2009

...dan jika derita masih muncul, anggaplah itu sebagai ujian untukmu.

Sudah 45 minit dari waktu saya jejakkan kaki ke ofis. Saya masih dalam proses menstabilkan diri.

Semuanya bermula dengan baik petang semalam. Tak hujan. Budak perempuan di saloon itu telah berikan servis yang baik terhadap rambut saya. Saya juga sepanjang malam dalam keadaan baik. Jaga makan minum. Kumpul semula nutrien badan yang hilang sebab tak makan sepanjang dua minggu, minggu lepas. Yang sampai demam-demam tu (razmien tadi cakap saya demam macam selebriti, ramai orang doakan sihat. keh keh! ) Adik ipar pula telah sponsor set makanan tambahan bernilai ratusan ringgit. Jadi, telah mula ambil pil-pil tersebut.

Kesimpulannya. Semua semakin baik. Sampailah bila pagi tadi fail tidak listed. Fail orang pulak tu. Benci betul bila diorang ambik mob kes tapi info tak cukup. Terpaksa cari satu demi satu sampai kes dapat dengar. Berita buruk adalah perjalanan menguruskan kes orang tersebut membawa saya ke destinasi yang saya elakkan. Sudahlah penat bertawaf mengelilingi mahkamah disindir pula dengan kata-kata,

"berani pulak datang sini hari ini".
"Sebab saya tak tahu". Itu saja saya jawab.

Sebab saya dah penat berfikir dan penat berjalan. Wpun banyak lagi boleh dicakap. Seperti, kak ruzitah tak reply sms pun.

Dipendekkan cerita, lepas selesai semua. Saya menangis dalam kereta. Kalau penat memang rasa lega dapat menangis. Kalau takut dan berdebar, rasa lega dapat muntah.

Saya mahu pergi makan lunch dengan Mar kat greentown mall. Lepas tu baru fikir tentang fail-fail atas meja ni. Rosak mood. Tapi saya akan perbaikinya secepat mungkin. Saya janji. Saya ambil sket perkataan dari Zura, 'jika kau bahagia atas derita orang lain, nasibmu pasti akan tiba. mintalah keampunan sesama manusia. dan jika derita masih muncul.. anggaplah itu sebagai ujian untukmu'.

Copy-paste status facebook di sini- [saya.. bukanlah tabah sangat. sekian]