Hidayah milik Allah.
Selepas belajar terima hakikat. Selepas mencuba memaafkan diri sendiri. Selepas mendengar ‘hot story’ pagi tadi saya mahu mudahkan teori ini begini saja. Hidayah itu adalah milik Allah sepenuhnya. Kita manusia boleh minta untuk dapat.
Kalaupun solat itu masih lewat dan fikiran melayang-layang. Kalaupun puasa itu peratus puasa perut lebih besar. Kalaupun pakaian itu masih belum menutup keseluruhan dengan sempurna. Kalaupun Al-Quran itu sekali-sekali dijengah dan nak menghafaz tu memang tidak langsunglah. Kalaupun mak ayah panggil tu asyik lengah2 demi tidak mahu terlepas scene menarik di TV atau asyik melayan sms rakan2. Kalaupun makan kadang2 terlupa baca Bismillah. Kalaupun apa saja, selagi boleh dan selagi ingat jangan tinggalkan perkara mengenai minta Hidayah pada Allah. Minta minta dan minta. Sebab kalau tak pernah minta memanglah orang itu sungguh sombong lagi angkuh hidup di dunia ini.
Biasa dengar kisah umat2 terdahulu yang binasa kerana meninggalkan suruhan Allah. Maklum ttg sifat2 mahmudah dan mazmumah serta perbezaannya. Tahu hukuman untuk perkara dosa. Tahu bahawa skim cepat kaya itu mengarut saja. Tahu merokok itu membahayakan kesihatan. Tahu dan pernah tengok orang mendapat hukuman akibat rasuah. Baca dalam paper orang kena jatuh bangunan dan mati kerana lari dari pencegah maksiat. Tapi kenapa perkara2 tersebut tak terkesan di jiwa? Paling aneh, kadangkala perkara tersebut berlaku dalam persekitaran sendiri. Keluarga sendiri. Kawan sendiri. Tapi masih tak terkesan di jiwa? Kenapa jiwa tidak refleks? Jawapannya adalah kerana Hidayah.. Tapi Allah jua yang lebih mengetahui.

|